Assalamualaikum.. Dalam entry kali ini Sue cuma nak kongsi lah sedikit cara makan vitamin shaklee. Pengambilan vitamin shaklee dengan cara yang betul dan konsisten akan dapat kesan yang optimum tau. Sebelum nak cerita cara makan vitamin shaklee ni, kita perlu ketahui dulu susunan produk Shaklee mengikut kepentingannya.
1. ESP - Sekiranya hanya ada satu pilihan suplemen sahaja, bermulalah dengan Shaklee ESP. ESP berperanan membaik pulih sel-sel secara keseluruhan. Sel adalah ibarat batu bata bagi sebuah bangunan. Kukuh batu bata maka kukuhlah bangunan itu.
Mulakan hari kita dengan segelas ESP (protin soya). Bancuh 1 sudu besar penuh ESP dengan 3/4 gelas air sejuk atau air suam, shake-shake dan terus minum. ESP adalah minuman wajib saya pada setiap pagi. Dengan meminum segelas ESP pada setiap pagi, akan menjadikan saya sihat dan bertenaga sepanjang hari. Elakkan membancuh ESP dengan air panas tau.
Boleh juga dicampur dengan susu atau jus kegemaran anda, ikut citarasa masing-masinglah. Sekiranya mengambil Collagen boleh dicampurkan bersama ESP, rasanya menjadi lebih lemak/ sedap.
2. Vita-Lea – ibarat makan makanan seimbang dan dapat memenuhi keperluan setiap sel dari hujung rambut sampai hujung kaki.
(Nota: Dengan mengamalkan 2 produk di atas, lnsyallah 50% pembaikan telah berlaku.
Untuk lain-lain keperluan vitamin, sila tanda :
Lecithin & Omega, Alfalfa & Zinc – vitamin sebelum makan.
Lecithin pemecah lemak dan Omega pemecah kolesterol sebaiknya dimakan 15 minit sebelum makan tengahari dan 15 minit sebelum makan malam supaya telah bersedia untuk mengurai lemak dan kolesterol yang terdapat di dalam makanan yang dimakan.
Alfalfa, di samping mengandungi banyak mineral dan fitonutriens, merupakan sumber serat yang tinggi. Peranan serat adalah apabila diambil bersama air yang mencukupi akan menjadi seperti jala yang memerangkap segala benda asing di dalam darah seperti lemak, kolesterol, gula, toxic, logam berat dsb, dalam perjalanannya dari mulut ke usus besar.
Pembuangan air besar akan menjadi lawas apabila cukup fiber dengan syarat minum air yang mencukupi. Alfalfa juga baik untuk masalah angin dalam badan, gastrik dan alergik.
* Sebelum Makan Tengahari dan Malam – Sukatan 3 kapsul lecithin + 1 capsul omega + 5 tablet alfalfa.
Tapi kalau terlupa dan sebagainya, ambil sahaja selepas makan bersama vitamin-vitamin yang lain. Tidak memudaratkan cuma antara berkesan dan lebih berkesan.
Zinc Complex
Zinc disarankan diambil semasa perut kosong iaitu (1 jam / 30 minit sebelum makan), kerana dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan dan mengikat dirinya dengan bahan lain. Roti dan bijirin mengandungi phytates yang mengikat dirinya dengan zinc sekaligus akan mengganggu penyerapan khasiat zinc dengan berkesan.
Selain Lecithin, Omega, Alfalfa dan Zinc, semua vitamin di cadangkan diambil selepas makan.
Walaubagaimanapun sebaiknya tidak mengambil semua vitamin serentak tetapi mengagih-agihkannya di antara selepas beberapa waktu makan seperti lepas sarapan pagi, lepas lunch, lepas minum petang dan lepas makan malam, untuk penyerapan yang terbaik dan perlindungan berterusan sepanjang hari.
Contoh Pengambilan Vitamin Shaklee:
* Selepas minum pagi – 1 Vita-Lea & 1 Vita C 500.
* Sebelum makan tengahari – 5 Alfalfa, 3 Lecithin & 1 Omega Guard.
* Selepas makan tengahari – 1 Vita B Comp.
* Minum petang – ESP.
* Sebelum Makan Malam – 5 Alfalfa, 3 Lecithin & 1 Omega Guard
* Selepas makan malam – 1 @ 2 GLA.
* Sebelum tidur malam – 1 Vita E Comp & 2 Ostermatrix
JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE (CADANGAN)
CADANGAN JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE
| ||||||
SARAPAN
PAGI
|
ESP
1 TBSP
|
MEALSHAKE
1 TBSP
|
PERFPRMANCE
DRINK
1 TBSP
|
CINCH TEA
1 SACHET
| ||
LEPAS
SARAPAN
PAGI
|
VITA-LEA
1 TAB
|
VITAMIN C
1 TAB
|
AJHT
2 TABS
| |||
SEBELUM MAKAN
TENGHARI
| ALFALFA
COMPLEX
5 TABS
| LECITHIN
3 CAPS
| OMEGA GUARD
1 CAP
|
ZINC
COMPLEX
1 TAB
30 min/1 jam sebelum mkn
| ||
LEPAS
MAKAN
TENGHARI
|
B-COMPLEX
1 TAB
|
CAROTOMAX
1 CAP
|
GARLIC
1 TAB
|
017-7774462
fb : Suria Salha | ||
MINUM
PETANG
|
ESP
1 TBSP
|
MEALSHAKE
1 TBSP
|
CHINCH
SHAKE
1 SCOOP
|
SIHAT, CANTIK
DAN ANGGUN
| ||
SEBELUM
MAKAN
MALAM
|
ALFALFA
COMPLEX
5 TABS
|
LECITHIN
3 CAPS
|
OMEGA GUARD
1 CAP
| |||
LEPAS
MAKAN
MALAM
|
GLA
COMPLEX
2 CAPS
|
PEPPERMINT
GINGER PLUS
1-2 TABS
|
DTX
COMPLEX
1-2 TABS
|
NUTRIFERON
1 SACHET
| ||
SEBELUM
TIDUR
MALAM
|
VITAMIN E
1 CAP
|
OSTER
MATRIX
2-4 TABS
|
COLLAGEN
POWDER
1 SACHET
|
CoQ HEALTH
PLUS
1 CAP
|
VIVIX
1 TSP
|
HERB-LAX
2-4 TABS
(WEEKEND)
|
*Panduan ini adalah bertujuan membantu pengguna Vitamin Shaklee kami untuk mengambil suplemen dengan teratur dan konsisten. Cadangan pengambilan suplemen adalah fleksibel dan pengguna boleh menyesuaikan pengambilan mengikut keperluan dan rutin harian sendiri.
*Sila minum air masak sebanyak 3-4 Liter sehari.
Vita B Comp, Vita C 500mg dan Vita-Lea merupakan vitamin larut air. Seeloknya diambil dengan air yang banyak bagi membantu penyerapannya. Elakkan diambil bersama makanan yang berlemak dan berminyak. Ambil selepas sarapan pagi.
Vitamin Larut Lemak (A, D, E, K), diambil sebelum atau selepas makan makanan yang berlemak dan berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapannya.
OsteMatrix @ Calcium, sebaiknya diambil bersama susu. Pastikan calcium anda mengandungi magnesium kerana magnesium membantu penyerapan calcium secara optimum.
Iron, sebaiknya diambil bersama Vita C 500mg kerana Vita C membantu penyerapan Iron secara optimum.
*Beberapa set vitamin tidak digalakkan makan secara bersama. Namun boleh dijarakkan waktunya iaitu selepas 2-4 jam.
Vitamin /Mineral /Makanan Tambahan Shaklee
|
Catatan
|
Vitamin E + Alfalfa
|
Tidak mengambilan Alfalfa bersama Vitamin E kerana alfalfa akan menggangu penyerapan vitamin E.
|
OsteMatrix + Vitalea
|
Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vita Lea mempunyai iron. Maka elakkan pengambilan bersama OsteMatrix.
|
Alfalfa + GLA Complex
|
GLA Complex mempunyai Vitamin E maka Alfalfa akan mengurangkan penyerapan Vitamin E.
|
Vitamins + Kafein
|
Elakkan pengambilan bersama kerana kafein akan menghalang penyerapan vitamin secara optimum.
|
Cara Makan Vitamin Shaklee dan Ubat-ubatan.
Bagi individu yang sudah berpenyakit dan sedang memakan ubat-ubatan perubatan, juga jarakkan antara pengambilan vitamin dan ubat-ubatan dalam tempoh 30 minit hingga 1 jam.
Jangan sekali-kali berhenti mengambil ubat-ubatan apabila anda mula mengambil suplimen, kecuali apabila doktor telah mengesahkan anda semakin pulih dan pengurangan ubat adalah atas arahan doktor anda, setelah mendapati anda semakin sihat.
INFO PENTING
Ø Pengambilan air masak sebanyak 3 - 4 Liter Sehari.
Ø Vita Lea tidak digalakkan diambil bersama Ostermatrix / ESP / Mealshake / Cinch Shake. Pesakit Thalasemia tidak boleh mengambil Vita Lea kerana Vita Lea mempunyai Iron.
Ø Iron dicadangkan diambil bersama Vitamin C sebab Iron perlu untuk membantu penyerapan Vitamin C dengan berkesan.
Ø ESP tidak sesuai diambil oleh pesakit buah pinggang dan yang mempunyai masalah penghadaman.
Ø Elakkan membancuh ESP/ Mealshake / Cinch Shake bersama air panas melebihi 400C.
Ø Alfalfa Complex tidak digalakkan diambil bersama Vitamin E. Pesakit SLE haruslah mendapatkan nasihat pakar perubatan sebelum mengambil Alfalfa Complex.
Ø Vivix tidak digalakkan kepada mereka yang sedang menjalankan sesi kimo terapi.
Ø Ibu mengandung tidak boleh mengambil Vivix / Collagen Powder / Vitamin E.
Ø Vitamin Larut Air (B & C) Sebaik-baiknya di ambil dengan segelas air dan
elakkan pengambilan makanan yang berlemak / berminyak.
Ø Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K) Di ambil selepas mengambil makanan yang berminyak/berlemak sebab vitamin larut lemak memerlu kan lemak untuk memudahkan penyerapannya.
Ø Sekiranya demam atau selsema, ambil 2 tab vitamin C. Amalkan 2 kali sehari untuk Boost Imun.
No comments:
Post a Comment