Salam semua…
Belum terlambat kan untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya untuk pembaca yang beragama Islam… Saya selalu mendapat soalan2 seperti, “camera apa elok eh?” “canon ke nikon? Sony pun ok gak ke?” gitu2 lah… Korang faham2 lah ye… Kire orang nak beli kamera, tapi dalam dilemma… Kawan2 ramai pakai Canon tapi hati nak beli Nikon…
Entry ini saya akan guide korang… Saya ni bukan lah promoter Canon, Nikon atau Sony… Tapi just nak share pengalaman saya selama berkepompongcimpung dalam bidang ini… Saya bukan nak cerita berkenaan baik buruk satu2 sistem(brand) ni… Tapi saya akan compare base from logic yang korang sendiri boleh tentukan…
Ok, kita mulakan begini…
Penghasilan Warna (Color reproduction): Ramai mengatakan, yang sistem Nikon mempunyai kotrast warna (kepekatan warna) yang lebih cantik berbanding sistem yang lain… Pada saya, ianya bergantung pada bagaimana korang setting output camera korang… Maksud saya, untuk Canon kan ada menu untuk korang adjust kontrast, sharpness, skin tone etc… Atau Pictures Style… Begitu jugalah dengan sistem lain… kalau korang nak lebih kontrast, korang adjust lah kat picture style tu… apa susah? ye dak?
Sharpness: Ini satu perkara yang selalu didebatkan oleh profesional… Ramai yang berdebat kata Canon lebih sharp dari Nikon lah atau sebaliknya… Pada pendapat saya, sharpness ni bergantung pada lens dan teknik yang betul… Kalau beli camera beribu-ribu… Lens mahal2 tapi salah cara penggunaan pun tak jadi juga kan? Kalau bagi camera brand sony atau pentax sekali pun, kalau betul cara penggunaan InsyaAllah hasilnya memuaskan hati…
Built & Erganomik: Tidak dinafikan camera Nikon mempunyai built quality yang bagus untuk range beginner mereka sebagai contoh Nikon D70 yang setara dengan Canon 350D… Kalau di bandingkan sebelah menyebelah, memang nampak beza 350D seperti printer canon iP 1000 series… Manakala D70 itu memang nampak yang buatannya sangat teguh… *saya ada menggunakan Canon 350D, walaupun kecil, masih kukuh setelah digunakan dengan lasak selama 3 tahun… * Tapi, untuk profesional punya series, built quality kedua2 sistem sangat kukuh… Dari segi erganomik, secara jujur, Sony lebih maju, walaupun baru menceburkan diri dalam pembuatan camera DSLR, rekaan camera mereka sangat menarik, terutamanya Sony A700 yang dipasangkan dengan battery grip… Kan sexy tu…
Sparepart & Accesories & Aftersales: Jangan risau… Di Malaysia ini, sekiranya korang setakat nak benda2 yang biasa orang pakai, kemungkinan besar ada… Just cari di forum2 photography yang localbase seperti, photomalaysia.com & Shutterasia.com. Dan untuk aftersales service, secara jujur, Canon mempunyai aftersales yang terbaik setakat ini… Pergi sahaja ke pusat servis canon di peremba square, subang… Korang akan rasa bagaimana korang dilayan sebaiknya oleh kakitangan Canon Malaysia… Dan korang tak perlu jadi “seseorang” untuk mendapat layanan tersebut… Situasi sebaliknya korang akan dapat di Nikon service center… (saya harap staff2 nikon akan baca ini) . Seorang sahabat forum menghantar speedlight untuk di servis & tukar bulp etc… Bayangkan ianya mengambil masa 2 MINGGU ! Kalau korang cari makan pakai camera kan dah susah? ye dak?
Seperkara yang ingin saya tambah… korang mesti pernah dengar camera Nikon ada yang tak bole Autofokus dengan sesetengah lens… ini penjelasannya Di tulis oleh - http://loctormayat.com/blogs
“Wei…. this lens can autofocus on D40/40X/60/5000 or not?”
Well…. at first it’s easy to answer but after a while.. it gets frustrated to keep answering the same thing over and over again to newer and newer members.
ANYWAY… your camera WILL autofocus if you use the following:
If you decide to use OTHER type of lens, then you can only use MANUAL FOCUS
- Any lenses that has ‘DX’ on the description
- Any ‘AF-S’ lenses
So… the next time you decide to be spoon fed and ask people, “Can AF on D60 or not?”… please google the lens or check it out on Nikon website..
For example:
AF-S DX NIKKOR 10-24mm f/3.5-4.5G ED
AF-S Nikkor 300mm f/4D IF-ED
Verdict : Yahoo… AF supported!!!
AF Nikkor 85mm f/1.4D IF
AF Zoom-Nikkor 80-200mm f/2.8D ED
Verdict : Awww crap…need to manual focus!!
~ the end ~
Jadi sekarang… bukanlah sistem camera yang tentukan gambar korang cantik ke tidak… korang tu… So, research secukupnya, berguru dan belajar lah secukupnya…
Sekian…
No comments:
Post a Comment