Pages

Monday, June 28, 2010

Ingatlh Selalu Pada Kematian


"Mati kan boleh di mana-mana."

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (Al-Araf:34)

Ya,memang mati boleh berlaku dimana-mana pun. Dan bila-bila sahaja. DIA tidak akan kirim sms pemberitahuan pada kita bila tarikh kematian kita. Indahnya kalau ramai yang sedar tentang tu. Mati boleh dimana-mana dan bila-bila pun.Pasti ramai yang sentiasa bersedia untuk menghadapi saat itu kan. Pasti ramai yang sentiasa bertemankan al-QURAN. Pasti ramai yang sentiasa bermuhasabah diri.

Kematian..sudah cukupkah bekalan kita untuk menghadapi saat itu? Sudah terlaksana kah dua tanggungjawab besar kita? Mampukah kita mengatasi hujah ALLAH di akhirat nanti?

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Az-Zariyat:56)


TUJUAN HIDUP

“Setiap orang memiliki tujuan, dan tujuan setiap orang yang hidup adalah kematian.”

Kematian adalah akhir daripada kegembiraan dan kesedihan, kekayaan dan kemiskinan, kejayaan dalam hidup dan kegagalan mendapatkan sesuatu, dan apa jua yang kita lakukan. Kehidupan kita di dunia jelas ada hadnya, ada akhirnya. Jadi, setiap apa yang kita lakukan mestilah sebagai persediaan untuk kita menghadapi kematian.

Tetapi ayat di atas bukanlah menjadi penghalang untuk kita mengecapi kejayaan. Para sahabat Nabi Muhammad juga adalah orang yang kaya pada zaman mereka. Cuma dalam setiap apa yang kita ingin lakukan dan kecapi, biarlah ia dilakukan dengan harapan ia dapat memberikan persediaan terbaik untuk kita sebelum kita mati.

BERSIAPLAH MENGHADAPI MATI

Dulu semasa kecil, selalu ustazah menasihatkan buatlah ibadah seolah-olah esok kita akan mati. Tetapi sampai sekarang saya masih tidak dapat melakukannya. Dalam hati masih ada perasaan takut akan mati.

Islam mengajar kita berani menghadapi kematian dan hari kiamat. Islam mengajar supaya kita bersedia menghadapi kedua-duanya. Walaupun ingin jadi kaya, ingin jadi jutawan, ingin jadi doktor, ingin jadi pilot atau apa-apa jua keinginan, bersiap sedialah untuk kematian.

Sesungguhnya kematian ini adalah pasti. Kita cuma hidup entah berapa lama lagi. Entah esok entahkan malam ini sahaja kita akan mati. Kita merancang pelbagai perkara yang entahkan sempat entahkan tidak untuk kita melakukannya.

Jadi, tujuan hidup kita mesti jelas iaitu hidup untuk mati. Maka bersiaplah dengan segala macam persiapan dan persedian yang baik-baik untuk memastikan tujuan hidup itu betul-betul tercapai.



Tepuk dada,tanya iman..

No comments:

Post a Comment