Pages

Thursday, September 16, 2010

Kebaikan Dan Keburukan Manusia


siapa mereka orang yang sibuk
payah berdiri sukar pula duduk
tiada sempat sempurnakan wuduk
di mana ketika sujud dan rukuk

siapa pula yang manis senyuman
berwajah tenang diterangi iman
syukuri segala dalam genggaman
sentiasa redha dengan ketentuan

siapakah pula mereka yang kaya
hatinya pemurah tamaknya tiada
memberinya tiada niat menerima
bersyukur kepada Yang Maha Esa

siapa yang miskin tidak begitu
kemewahan dunia selalu diserbu
mengejar harta berjuta beribu
di mana hiburan di situ dituju

siapakah mereka dalam kerugian
masih leka di usia pertengahan
kubur menanti dalam perjalanan
tetapi berat berbuat kebajikan

siapakah itu orang yang cantik
akhlak mulia langkahnya cerdik
bertindak hormat bersangka baik
adat dan ibadat tiadalah carik

siapa pemilik rumah yang luas
menghindar dosa pahala digalas
berbuat kebajikan tidaklah puas
mati membawa amalan yang ikhlas

siapa pula berumah yang sempit
kuburnya nanti tanah menghimpit
kebajikan tiada amalnya sedikit
balasan diterima seksanya perit


Orang yang berilmu sangat jelas bezanya dengan orang yang bodoh. Segala tingkah laku orang berilmu adalah sentiasa menuruti perintah dan menjauhi larangan yang diturunkan Allah manakala orang bodoh pula enggan menuruti perintah yang diberikan. Jelasnya orang berilmu sentiasa mengerjakan kebaikan manakala orang bodoh pula selalu mengerjakan keburukan.

Kes Bunuh Sosilawati: Mangsa Disembelih Sebelum Dibakar Hangus


Lagi penemuan terbaru kes paling dasyat dan sadis pembunuhan Datuk Sosilawati. Perbuatan yg diluar perikemanusiaan, polis tidak menolak kemungkinan  keempat -empat mangsa disembelih menggunakan senjata tajam iaitu pisau cangkuk, dilayan seperti binatang, diseksa sebelum dibakar hangus bagi menghilangkan bukti.


Petikan berita Harian Metro:


Berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa dikelar di leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah terbabit hingga menjadi debu.

“Hasil maklumat dikumpul setakat ini, polis mendapati pembunuhan itu adalah tindakan jenayah sadis yang dirancang dengan begitu rapi. Lebih mengerikan apabila semua mangsa seolah-olah dilayan seperti binatang tanpa perikemanusiaan.

“Polis turut percaya, abu dan sisa tulang semua mangsa yang dibakar terbabit bukan hanya dibuang di dalam Sungai Panchau, malah turut dibuang ke dalam beberapa parit kecil berhampiran yang arusnya mengalir ke laut,” katanya.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Sosilawati bersama tiga mangsa lain disahkan dibunuh kejam di ladang persendirian milik suspek utama yang terletak di Sungai Gadong, Tanjung Sepat.

“Bagaimanapun, polis berjaya mengesan suspek utama bergelar Datuk berusia 41 terbabit dan adiknya berusia 38 tahun sebelum kedua-dua mereka ditahan di rumah mereka yang terletak di Taman Cempaka, kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu.
S enjata berbentuk cangkuk sepanjang 30 sentimeter dikatakan digunakan untuk membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain sebelum mangsa dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.


Perkara itu didedahkan salah seorang suspek berusia dalam lingkungan 20-an semalam, yang turut membawa polis ke tempat senjata berkenaan dan beberapa barang peribadi mangsa dibuang di bawah jambatan Sungai Kanchong Laut.
 Gambar bukti , jam tangan ditemui di Sungai Kanchong Laut
Dalam operasi bermula jam 4.30 petang yang turut mendapat bantuan Unit Penyelam Pasukan Gerakan Marin, polis bagaimanapun hanya menjumpai seutas jam tangan dipercayai milik seorang mangsa, manakala cangkuk berkenaan gagal ditemui.

“Pasukan penyelam yang mencari semua bahan bukti itu, termasuk senjata terbabit, menghadapi kesukaran kerana air sungai terlalu keruh dan cetek,” katanya.

Beliau berkata, operasi mencari bahan bukti itu terpaksa dihentikan, kira-kira 7 malam berikutan keadaan gelap.

Kelmarin, polis menemui beberapa spesimen, termasuk tulang dipercayai milik mangsa yang dibuang dalam Sungai Mesuk dan Panchau. Beberapa barang peribadi mangsa turut ditemui daripada beberapa suspek dan di tempat kejadian, termasuk jam tangan Sosilawati.

Pembunuhan kejam Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, terbongkar selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa sejak 30 Ogos lalu.
Sementara itu, tinjauan di firma peguam terbabit di Jalan Sultan Alam Shah di sini, mendapati premis itu ditutup dan diletakkan garisan polis, petang semalam.

Difahamkan, premis itu adalah lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek.

Sumber memberitahu firma guaman itu dipercayai lokasi urus niaga di antara suspek dan mangsa dilakukan sebelum ini, manakala tinjauan di rumah suspek utama di Taman Cempaka di sini mendapati ia tidak berpenghuni dan berkunci.

Dalam perkembangan berkaitan, ibu bapa dua beradik peguam itu dipercayai tiba di tanah air malam kelmarin selepas sebulan bercuti di India sebaik dimaklumkan mengenai penahanan kedua-dua anak mereka
Sumber: Berita Harian dan harian Metro

Monday, September 6, 2010

Salam Idul Fitri

Semoga Syawal kali ini diberikan keberkatan dan rahmat Allah...



Tidak perlulah bersedih apabila mendengar alunan Takbir, klu di negara-negara timur tengah spt Mesir , Tunisia dan Turki mereka begitu bersemangat meraikan Hari kemenangan ini setelah menghadapi cabaran berpuasa dengan kesabaran, keikhlasan dan ketaqwaan, mereka melaungkan kalimah takbir ini dengan bersungguh-sungguh...Allahhukbar!!...bagaimanakah kita???..Marilah bersama mengimarahkan mlm melabuh tirai Ramadhan dgn bertakbir..Jgn Tido sje..hehe..



Sebagai ingatan, jgnlah pula terlalu gembira dan alpa di musim raya ini..ingatlah akan saudara-saudara yg tidak bernasib sepertimana saudara2 kita yg berada di bumi Palestin, Iraq dan Afghanistan. Bantulah mereka wpun dgn sekadar berdoa..




Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Minal Aidil Walfaizin

..::Suria::..